Tuesday, September 13, 2011

jum2 study:)

SOALAN PERBINCANGAN
1. Lengkapkan jadual di bawah

PERKARA
PENGUJIAN
PENGUKURAN
PENTAKSIRAN
PENILAIAN
TAKRIF
Merujuk kepada proses atau situasi sesuatu alat ujian yang sedang dijalankan oleh guru.
Merujuk proses pemarkahan & pemarkatan yang bertujuan utk mengukur sesuatu kemahiran bahasa secara kuantitatif.
Satu proses yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat.  
Proses mengenal pasti, memperoleh dan mentafsir maklumat yang berguna bagi sesuatu pertimbangan.

TUJUAN
Mengetahui sama ada murid sudah menguasai pengetahuan kemahiran, sikap yang ingin disampaikan oleh guru.
Mendapatkan penjelasan secara numerik (angka) tentang sebanyak mana murid mempunyai ciri yang diukur menggunakan alat tertentu.


Satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang.
Untuk memberi nilai yang bercorak kualitatif tentang sesuatu kemahiran bahasa.
ALATAN
Soalan ujian
Pemerhatian, pencerapan (lukisan), temubual

Ujian
Soalan ujian, projek, tugasan, portfolio


2. Nyatakan tujuan/ kepentingan penilaian / pentaksiran dijalankan
a) proses mendapatkan maklumat dan membuat penghakiman dan pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.
b) proses mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang.
c) proses mentafsir atau memberi nilai yang bercorak kualitatif.
d) sebagai satu bimbingan kepada murid - murid.

3. Nyatakan jenis - jenis kesahan.
a) kesahan isi atau kandungan
b) kesahan telahan atau ramalan
c)kesahan serentak atau semasa
d)kesahan gagasan atau konstruk
e) kesahan muka
f)kesahan kriteria.

4. Kebolehpercayaan ialah : tahap ketekalan antara skor ujian yang sentiasa tetap dengan tidak adanya ralat pengukuran.

5. Bagaimanakah cara untuk mengelakkan ralat dalam pengukuran kebolehpercayaan sesuatu ujian?
  • Bebas daripada gangguan.
  • Lebih daripada 1 orang pemeriksa.
  • Ujian mesti dikendalikan jauh dari gangguan.
  • Tidak berlaku penipuan dalam ujian.
  • Masa yang diberi mencukupi.
  • Jawapan yang betul.

6. Berikan takrif kepada domain kognitif berikut :
a) Pengetahuan :
  • menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari.
  • perkataan yang biasa digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah namakan, berikan, nyatakan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya.

    b) Kefahaman :
    • menguji kebolehan calon menterjemah, memahami,dan mengintepretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.
    • Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan, mengapa dan sebagai.
    c) Aplikasi :
    • peringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah.
    • perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan dan sebagainya.
    d) Analisis :
    • peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan.
    • perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, menganalisis, mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan sebagainya.


      e) Sintesis :
      • menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi.
      • perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan sebagainya.

        f) Penilaian : 
        •  merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan calon membuktikan mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.

        7. Buat banding beza antara Taksonomi Bloom dan Krathwohl.


        TAKSONOMI BLOOM

        ASPEK

        TAKSONOMI KRATHWOHL

        Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.


        TUJUAN

        Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.

        Kognitif

        DOMAIN

        Afektif

        Enam

        BILANGAN ARAS

        Lima

        1. Pengetahuan
        2. Kefahaman
        3. Aplikasi
        4. Analisis
        5. Sintesis
        6. Penilaian




        JENIS ARAS

        1. Perwatakan
        2. Organisasi
        3. Penilaian
        4. Gerak balas
        5. Penerimaan



PERBEZAAN ANTARA UJIAN FORMATIF DAN UJIAN SUMATIF

Ciri
Formatif
Sumatif

Pengertian

Ujian yang dijalankan secara berterusan, iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.


Ujian yang dijalankan di akhir sesuatu kursus atau program.
Tujuan
Untuk menguji kemahiran murid.
Taksir pencapaian objektif kursus atau program. Untuk memperoleh maklumat atau kemahiran.

Masa

Jangka masa pendek.
Secara berkala
Bentuk

Khusus dan terhad
Umum dan terhad
Sasaran
Murid, secara individu dan kumpulan.

Murid, individu dan kumpulan.
Liputan
Agak terhad dan tidak luas.

Besar dan menyeluruh.
Rekod
Disimpan oleh guru

Disimpan oleh sekolah.
Fungsi lanjut
Aktiviti pemulihan dan pengayaan.
Merancang pengajaran dan pembelajaran, aktiviti pengayaan dan pemulihan.




 

Monday, June 27, 2011

Serba Sedikit Maklumat Tentang BMM 3103

CIRI-CIRI UJIAN YANG BAIK


Kesahan Ujian

Ciri yang terpenting sesuatu ujian ialah ujian itu mesti SAH. Kesahan ujian adalah berkaitan dengan pengertian sejauh mana markah yang diperoleh daripada sesuatu ujian itu dapat diinterpretasikan sebagai ukuran ciri, sifat atau konstruk yang telah dirancang diukur itu.

Dalam peperiksaan seperti SPM atau STPM, isu mengenai kesahan ujian itu difokuskan kepada soal sama ada keperluan kesahan isi kandungan sukatan pelajaran telah dipenuhi atau tidak. Secara ringkas, kesahan isi kandungan adalah berkaitan dengan isu sama ada isi kandungan sesuatu ujian itu merupakan sampel yang “representatif” bidang pengetahuan atau kemahiran yang sepatutnya diukur. Ini diambil menjadi satu indikator atau penunjuk bagi menunjukkan mutu ujian tersebut.

Oleh itu sesuatu ujian itu dianggap sah selagi ujian itu dapat mengesan dan mengukur apa yang sepatutnya ia ukur. Ia juga merujuk kepada kesesuaian, keertian dan kebergunaan sesuatu inferens yang akan dibuat daripada interpretasi skor ujian itu.

Kesahan boleh dibahagikan kepada tiga kategori:
1. kesahan konstruk,
2. kesahan isi kandungan, dan
3. kesahan kaitan-kriteria.

Kesahan Konstruk

Ujian boleh digunakan dalam berbagai keadaan dan untuk berbagai tujuan. Adalah penting kita memahami apakah keertian yang boleh diberikan kepada markah ujian yang diperoleh itu dan bagaimana ianya diinterpretasikan berkaitan seseorang individu yang mengambil ujian tersebut. Sesuatu ujian dibina untuk mengukur sesuatu konstruk.

Satu ujian mungkin dibina untuk mengukur kebolehan individu menyelesaikan masalah matematik. Kebolehan menyelesaikan masalah matematik pada sesuatu peringkat adalah satu konstruk. Ujian bakat muzik mengukur konstruk kebolehan dalam bidang muzik dan memberi petunjuk kepada kita sama ada seseorang individu itu mempunyai kebolehan dalam bidang muzik. Ujian Fizik SPM mengukur pencapaian pelajar pada peringkat tingkatan 4 dan 5 dalam kurikulum Fizik SPM.

Kesahan Kandungan

Kesahan Isi Kandungan adalah aspek yang terpenting di dalam proses pembinaan ujian. Ujian adalah pensampelan yang representatif tingkah laku pelajar dalam sesuatu kurikulum, supaya markah atau skor yang diperoleh nanti daripada ujian tersebut adalah gambaran yang representatif pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam kurikulum tersebut.

Untuk memperoleh kesahan ini satu Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dibina. Jadual ini akan mengandungi maklumat yang terperinci mengenai kurikulum yang diuji tentang isi kandungan kurikulum, kemahiran yang akan diuji, taraf kesukaran, bilangan item, dan juga wajaran atau pemberatan setiap tajuk dan subtajuk kurikulum itu. Berpegang teguh kepada JSU menjamin ujian menguji apa yang ia sepatutnya menguji.

Kesahan Kaitan-Kriteria

Kesahan Kaitan-Kriteria mengaitkan kesahan ujian kepada sesuatu kriteria yang ditentukan. Yang dikaitkan ialah skor ujian itu dengan kriteria. Kekuatan pertalian skor ujian dengan kriteria diukur melalui teknik korelasi.

Sehubungan dengan ini terdapat dua jenis kesahan iaitu:
1. kesahan ramalan, dan
2. kesahan serentak/semasa.

Kesahan Ramalan

Kesahan Ramalan berkait rapat dengan tujuan ujian, iaitu meramal sesuatu. Ia sangat-sangat bergantung kepada kebolehan skor ujian itu membuat ramalan tentang prestasi masa hadapan pelajar.

Contohnya Ujian Kelayakan Latihan Perguruan (UKELP). UKELP diberi kepada calon guru. Mereka yang lulus UKELP akan dipilih memasuki Maktab Perguruan. Adalah diharapkan mereka yang lulus UKEPL ini akan dapat mengikuti kursus perguruan di maktab dengan jayanya, dan keluar maktab untuk menjadi guru yang berkesan. Markah di Peperiksaan Akhir Maktab di ambil sebagai kriteria, akan dikorelasikan dengan markah UKELP. Indeks korelasi yang tinggi akan menunjukkan bahawa UKELP mempunyai kesahan ramalan yang tinggi.

Masalahnya bagaimana hendak mengukur guru yang berkesan di bilik darjah. Adakah keberkesanan di bilik darjah mempunyai pertalian yang positif dengan markah UKELP?

Kesahan Serentak/Semasa

Kesahan Serentak/Semasa merujuk kepada kesahan sesuatu ujian yang seiras dengan sesuatu ujian yang lain yang sedia ada. Pertalian korelasi di antara ujian yang baru dengan ujian yang sedia ada itu mengukur kekuatan kesahan serentak/semasa.

Kesahan ini juga digunakan apabila kita memerlukan mengujudkan satu kaedah baru (yang lebih baik) untuk menggantikan kaedah lama yang sedia ada. Pertalian korelasi markah ujian yang digunakan di dalam kedua kaedah itu menggambarkan kekuatan kesahan serentak/semasa.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan kaitan-kriteria

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan kaitan-kriteria adalah seperti berikut:

1. Tempoh masa di antara peramal dengan kriteria. Lebih lama jarak masa, membolehkan peramal menambah ilmu dan pengalaman. Ini akan mengurangkan kesahan ramalan.
2. Kebolehpercayaan ujian yang digunakan. Kebolehpercayaan yang rendah mengurangkan kesahan.
3. Populasi, bilangan item dalam ujian, panjang soalan dalam ujian, kejelasan soalan dalam ujian, panjang masa ujian, kesukaran ujian, semuanya mempengaruhi kebolehpercayaan ujian. Dengan itu sudah tentu akan mempengaruhi kesahan ujian.